APA YANG KITA BUAT SEMASA LATIHAN INDUSTRI
qis nak share sikit pasal latihan industri niii. latihan industri ni sebenarnya kita apply kat suatu company.. contoh hang course akaun so pi laa apply kat audit firm --- tu contoh. sebab budak akaun nak intern kat mana pun takda masalah, sebab akaun kan berkaitan dengan duit dan ada ka company yang tak guna transaksi duit, semua guna duit kan.. so budak akaun takda masalah nak intern kat mana pun, syarikat yang kecik boleh yang besar boleh.. so relax ja okay budak akaun?
tapi yang jadi masalah ialah, budak budak praktikal tak diberi elaun/ gaji. konsep praktikal = redha SEBAB semua company nak guna kita ja.. macam qis sendiri, qis praktikal kat satu company niii dapat rm100 ja setiap bulan, masa mula mula kita redho habis laa.. tapi lama lama tidoq tak tenang pun sebabbb gaji ciput sangat. duit tu semata mata isi minyak keta ja dok ulang alik pi tempat keja.
jadi nasihat qislaa kan, cari company yang bagi elaun paling kurang pun rm500, sebab banyak benda nak kena bayar taw. banyak benda nak pakai duit.
- duit makan
- duit minyak
- duit parking
- duit tol
- duit emergency SANGAT PENTING sebab keta qis pernah rosak pastu nak repair sampai rm400, pergh 4 kali duit elaun kot!! hahaha
nasihat ni sebab takmau hangpa semua meroyan macam qis dok merungut elaun ciput, hahah nak enjoy hujung minggu pun terpaksa ikat perut taww huwaa T.T
Comments
Post a Comment