KOS PASANG BRACES

//

kos pasang braces paling murah boleh dapat kat klinik government laa. kalau makpak keja kerajaan free terus takyah bayar sekupang pun, kalau makpak keja swasta kena bayar rm700. braces aku rm700 alhamdulillah save duit

TAPI nak dapat murah bukan senang ok. sebab kita kena daftar awal, macam aku, aku daftar umur aku 14 tahun -- no giliran aku sampai masa aku umur 19 tahun. haaa nampak? 5 tahun tunggu :) tempoh 5 tahun tunggu tu boleh laa berhuhu dulu.

apa yang best buat kat kerajaan ialah murah. penjimatan berganda ganda. kalau kat swasta comfirm rm5000 dah kena charge. okay best kan boleh save duit? macam aku, aku buat kat klinik pergigian mak mandin, sana ok, doktor ok, staff pun ok. appointment setiap bulan kena bayar rm5. so setiap bulan kena pi klinik nak checkup dan tukar getah

aku pasang braces kena cabut gigi 4 batang. gigi garham yang kecik tu, kat kat depan. gigi tu kan macam tak function ahahh so kena cabut. sebab cabut -- nak bagi ada ruang untuk gigi garham bongsu. nanti gigi dah susun cantik pastu gigi garham bongsu nak tumbuh dia tak kacau sebab dia memang dah ada ruang dah. cabut gigi pulak kita pilih nak cabut kanan dulu ka kiri dulu. so dia akan cabut atas bawah. next appointment lak, cabut lagi 2 batang. appointment kedua terus pasang braces. 

seminggu pertama tu memang makan bubur laa. sebab dia sakit kat gusi taw. kan besi tu dok adjust kita punya gigi. gigi kan melekat kat gusi. serius weiii sakit gila gila hahah. masa tu menyesai pun ada pakai braces. aku tak makan nasi seminggu tu, dok makan nestum ja. berat turun mendadak terus. dari 45kg tinggai 38kg ja. serius buruk gila aku masa tu. jangan nak mintak gambar memang aku takkan share dalam ni. cukuplaa yang terdekat ja taw aku punya buruk macam mana haahha.

alhamdulillah sekarang aku dah pakai braces selama 947 hari -- ni kiraan tanggal 11/10/2018 Khamis. bila nak bukak taktaw, tak sabar dah aih. 

nampak dak ada baby siung tu. gigi aku besar besar so memang tak selesa sebab gigi rapat rpat kan, nampak macam takda masalah, tapi ada masalah. gigi depan yang arnab tu dah buruk, sebab dia macam bertindih sikit, soooo dah buruk. menyesai tak pasang awai awai huu T.T

ni takda la latest sangat, 3 bulan lepas... 


okbai thanks for reading MWAH! 







Comments

Popular posts from this blog

KAK XXX

OKTOBER PROMO FOR NEW BEAUTY CONSULTANT

KEBURUKAN MEMAKAI BRACES